Diantara manusia banyak yang berkeinginan untuk mendefinisikan rezeki sebagai perkara yang diperlukan untuk kemandirian hidup semata-mata,contohnya seperti uang, makanan, minuman, pakaian dan lain-lain yang bersifat kebendaan. Selain daripada itu, manusia juga mempunyai keinginan untuk mengukur kesuksesan hidup seseorang hanya berdasarkan aspek materialistik seperti harta, pengaruh, jabatan dan kemewahan. Keinginan kita untuk menyempitkan arti atau makna rezeki dan kesuksesan inilah yang telah menyebabkan kebanyakan manusia sudah diprogram untuk melihat rezeki dan kejayaan daripada perspektif atau pengetahuan yang dangkal. Ia di awali dengan sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan kita telah diprogramkan untuk membelokkan maksud rezeki dan kesuksesan yang sesungguhnya. Dari TK, sekolah hinggalah ke universitas, kita telah dipaksa untuk mempercayai bahawa untuk menjadi sukses dalam hidup, kita perlu mendapat keputusan nilai pelajaran yang cemerlang. Kemudian kita juga dipaksa untuk percaya bahawa hanya beberapa jurusan atau bidang tertentu saja yang dapat memberikan penghasilan yang lumayan. Kita juga disuruh memilih universiti yang hebat kerana kita disarankan bahawa hanya universiti yang terkenal akan menjadikan kita orang yang hebat. Institusi Pendidikan Hanya Menghargai Pelajar Yang Cemerlang Dalam pelajaran Institusi Pendidikan Kita Lebih Bersifat Exam-Oriented dan Gagal Bersifat Holistik. Setelah itu kita pun berbondong-bondong masuk ke alam pekerjaan. Sewaktu bekerja juga, kita diprogramkan untuk percaya bahawa untuk mendapat rezeki yang banyak, kita perlu menuruti kemauan majikan. Kita terpaksa menuruti, mengipas dan mengampu majikan untuk kesuksesan dan naik pangkat. Segala kesalahan dan kesilapan yang majikan kita lakukan di iyakan walaupun itu bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Kita juga sanggup berbohong dan menyalah guna kekuasaan semata-mata untuk naik pangkat. Sikap menusuk dari belakang juga diamalkan semata-mata ingin menyelamatkan mata pencarian. Kita sanggup lihat orang lain menderita semata-mata hanya ingin menjaga periuk nasi sendiri. Yang penting, kita bisa dapatkan jabatan tinggi, berpangkat besar, dan mempunyai gaji yang mahal, mobil yang berkelas,rumah yang besar dan berpengaruh hebat. REZEKI DAN KENYATAANNYA kenyataannya, yang menentukan rezeki bukanlah keputusan pelajaran yang cemerlang, jurusan ataupun universitas yang ternama. Yang menentukan rezeki dan suksesan seseorang juga bukanlah pekerjaan, jabatan, gelaran, pangkat maupun gred gaji seseorang. Yang menentukan kejayaan seseorang juga bukanlah rumah yang besar, mobil yang berkelas, simpanan uang yang banyak dan pendukung yang ramai. Kenyataan yang sebenarnya yang perlu di sadari adalah, rezeki dan kesuksesan seseorang perlulah diukur dari aspek yang telah ditetapkan oleh Pemberi Rezeki dan Pencipta Semua Makhluk yaitu Allah SWT. Rezeki mempunyai pengertian yang amat luas bukan sekedar penghasilan, makanan dan pakaian semata-mata. Bagi setiap hamba Allah, nikmat Islam, Iman dan Ehsan ialah rezeki yang paling besar. Bagi seorang pelajar, ilmu yang bermanfaat dan bertambah merupakan suatu rezeki. Bagi seorang lelaki, isteri yang solehah dan mendamaikan jiwa adalah rezeki. Bagi seorang wanita, suami yang dapat membimbingnya ke jalan Allah SWT dan menyayanginya adalah rezeki. Bagi seorang ibu atau ayah, anak yang soleh merupakan rezeki yang sangat bernilai. Bagi orang yang sakit, kesehatan adalah rezeki yang sangat bermakna. Sahabat atau tetangga yang baik dan senantiasa membantu juga merupakan rezeki atau anugerah. Pengalaman hidup pun merupakan suatu rezeki yang berharga. Bagi setiap manusia juga, ketenangan jiwa dan fikiran merupakan rezeki yang tiada bandingannya. Kesuksesan juga tidak boleh disukat dengan ketinggian pangkat, gelaran-gelaran terhormat, besarnya kereta, besarnya luas kediaman atau banyaknya uang dan emas permata. Kesuksesan harus berlandaskan skema penilaian yang sudah ditetapkan oleh Pencipta kita, Rabbul Jalil, Allah SWT. Ingin ditekankan, bukannya mempunyai keputusan mata pelajaran yang cemerlang itu tidak bagus. Bukannya berjabatan besar itu tidak baik. Bukannya bermaksud mobil berkelas atau punya rumah besar itu tidak baik. Tetapi, apa yang penting, janganlah beri’tiqad bahawa hanya kecemerlangan akademik saja yang bisa menyebabkan kita menjadi sukses dalam hidup dan menganggap kawan kita yang kurang cemerlang akan gelap masa depannya. Juga tidak boleh apabila kita berjabatan tinggi, kita merendah-rendahkan orang yang berada di bawah kita.dan Jangan juga menjadi sombong, riya’ dan takabbur jika dianugerahkan kemewahan, kekayaan dan kemasyhuran. Dan juga jangan sampai aqidah kita berbelok dengan mengatakan hanya majikan atau negara saaja yang mampu memberi rezeki, kerana itu bisa membuatkan kita jauh daripada Allah SWT. Yang ingin ditegaskan adalah, kita perlu sadar tentang prinsip utama kehidupan kita yaitu; Hanya Allah SWT sajalah yang mampu memberi segala rezeki, keberkatan dan kebaikan. Allah SWT jugalah yang berupaya menarik semuanya hingga hilang harta yang kita dapat dalam sekelip mata. MENGUNDANG REZEKI LEBIH PENTING DARIPADA MENCARI REZEKI. Setiap hari kita melihat manusia terburu-buru keluar mencari rezeki. Ada yang keluar dari pagi sampai larut malam. Ada yang mengembara beribu-ribu kilometer. Ada yang menuju ke lautan yang jauh. Ada yang meninggalkan keluarga berbulan-bulan. Ada yang bekerja setiap waktu tanpa henti dari muda sampai ke tua. Dan untuk mendapatkan rezeki, ada yang sanggup menipu dan merampas harta orang lain. Ada yang sanggup berbunuh-bunuhan. Ada yang sanggup melakukan pekerjaan yang terkutuk dan hina. Ada juga yang sanggup melanggar larangan Allah seperti riba dan korupsi. Namun anehnya rezeki yang dicari tidak cukup-cukup. Makin dibanting kekuatan, hasilnya tidak cukup juga. Makin dikumpul, makin berkurangan. Ada yang gaji puluhan juta, ujung bulan licin juga. Hutang-hutang pun bertumpuk. Ke mana perginya uang pun tidak diketahui. Semua ini terjadi kerana ramai yang tidak mengerti kenyataan yang sebenarnya tentang rezeki. Kita perlu tahu bahawa rezeki kita sebenarnya ditetapkan oleh Pemberi rezeki iaitu Allah SWT. Yang menentukan rezeki kita bukan pekerjaan atau jabatan kita. Yang menentukan rezeki bukan majikan atau bos kita. Tetapi kita perlu yakin dan beri’tiqad bahawa yang menentukan qada’ dan qadar serta rezeki kita hanya Allah SWT semata-mata. Apabila kita sadar bahawa Allah SWT ialah satu-satunya Pemberi rezeki dan rezeki kita ditulis oleh Allah SWT, tidak ada gunanya kita mencari rezeki bermati-matian jika Allah SWT tetap tidak mengizinkan kita untuk memilikinya. Oleh sebab itu, kita haruslah mendahulukan perbuatan mengundang rezeki sebelum mencari rezeki. Apabila sudah tahu dimanakah terletaknya rezeki, pasti lebih mudah untuk kita mendapatkannya daripada dengan membuang waktu untuk mencarinya. Di manakah terletaknya rezeki? Rezeki terletak hanya di tangan Pemberinya semata-mata yaitu Allah SWT. Dialah yang membuka dan menutup pintu rezeki. Dialah yang menambah dan mengurangkan rezeki. Jadi bagaimanakah caranya untuk mengundang rezeki? Kita haruslah melakukan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya yang dikehendaki oleh Pemberi rezeki. Yakinlah dengan janji-janjiNya. Pujilah Dia. Pujilah Dia. Memohonlah kepadanya. Sayangilah Dia. Sayangilah orang yang disayangiNya. Mohonlah kepadaNya. Dan janganlah berputus asa dengannya. Berbuat baiklah sebagaimana disuruh kepada sesama makhluk. Jalinkan silaturrahim sesama insan sebagaimana yang diperintahkanNya. Sebarkanlah dan berbagilah kepada makhluk yang lain tentang perkhabaranNya dan ancamanNya. Ceritakanlah kepada manusia lain tentang kehebatanNya JANJI-JANJI ALLAH SWT DALAM MEMBERI REZEKI: 1)Bertaqwa : Bertaqwa merupakan syarat utama untuk menjemput rezeki. Taqwa artinya takut kepada Allah dengan menjauhkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT dan menahan diri daripada dosa. Melakukan segala suruhan Allah SWT juga merupakan suatu bentuk ketaqwaan. 2) sholat: Nabi Muhammad SAW bersabda : ” Solat ialah salah satu perkara yang disukai oleh Allah S.W.T. sholat juga perbuatan yang dicintai oleh para malaikat,dan sholat adalah sunnah Ambiyaa` Alaihi Mussolatu Wassalam, Nur (cahaya) kepada ma`rifah dicapai dan doanya diterima, dan keberkahan rezeki didapati.” Sahabat Nabi juga penah berkata: “Apabila isi rumah dan bekalan makanan di rumah Nabi S.A.W berkurangan dan tidak ada, Baginda menyuruh isi rumahya menunaikan sholat dan membaca ayat: ” Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.” surah: (Taha :132) 3) Bersegera Untuk Allah SWT: Nabi Muhammad bersabda: “Tuhanmu telah berfirman: ‘Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua-dua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku, maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua-dua tanganmu dengan kesibukan’.”- H.R Imam Al-Hakim daripada Mu’aqqal bin Yassar r.a.- 4) Istighfar: Saidina Abbas R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi .S.A.W bersabda, “Seseorang yang kerap mengucapkan istighfar,yang mana ianya meminta keampunan dari Allah S.W.T atas dosa yang dia telah buat,maka Allah S.W.T akan membuka jalan-jalan penyelesaian dari kemiskinan dan kesusahan. Segala penderitaan dan kesusahan akan dialihkan dan pada tempatnya kemakmuran dan kesejahteraan akan didapati yang mana seseseorang itu akan menerima rezeki dari sumber yang tidak diketahui dan tidak dijangka sumbernya.” 5) Tawakkal: Tawakkal pada Allah S.W.T boleh diartikan dan ditakrifkan sebagai berharap sepenuhnya kepada Allah S.WT di dalam penerangan yang lebih terperinci ianya bermaksud seratus persen berserah dan berharap kepada Allah SWT yang akan memberi rezeki. Tawakkal juga menggesa kita mempercayai bahawa jika semua mahluk ciptaanAllah S.W.T berkumpul dan datang untuk mengubah sesuatu, maka pasti mereka tidak mampu mengubahnya kecuali dengan izin Allah SWT Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi.) 6) Infaq Di Jalan Allah SWT: Ramai yang heran bagaimanakah harta akan bertambah jika kita memberikan harta kita kepada orang? Disebabkan perasaan khawatir itu jugalah, ramai yang tidak sanggup bersedekah atau beramal kerana khawatir hartanya berkurangan. Anehnya, ramai juga orang yang tidak beriman yang rajin bersedekah kerana mereka percaya ia boleh menambahkan lagi kekayaan mereka. Robert Kiyosaki pernah menulis tentang antara rahsia kekayaannya ialah, sewaktu ekonominya tidak stabil, dia akan mencari apakah barangan yang paling disayanginya, lalu dia akan menyumbangkan barang yang paling disayanginya dan dia akan dikaruniakan rezeki yang berganda selepas itu. Warren Buffet yang pernah tersenarai sebagai orang paling kaya di dunia pun yakin dengan amalan menyumbang dan bersedekah. Dia pernah menyumbang setengah hartanya berjumlah US 30 milyar semata-mata untuk kebajikan manusia. Heran bin ajaib. Sepatutnya orang Mukmin lebih terkehadapan di dalam bab bersedekah dan menderma. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berilah (belanjalah) dan janganlah kamu selalu menutupi kepunyaanmu, kerana dengan itu nanti Allah akan menutupi rezekimu.” -Hadis Riwayat Bukhari & Muslim- 7) Menyambung Silaturrahim: Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silaturrahim.” 8) Berhijrah: Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan memperolehi banyak rezeki. “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapatkan di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” (An-Nisa’: 100) 9) Tinggalkan Perbuatan Dosa : Tiada gunanya beristighfar jika masih melakukan dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” – [Riwayat at-Tirmizi] 10) Berbakti Dan Mendoakan Ibu dan bapak: Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapaknya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapaknya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya.” – [Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim] 11) Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah : Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan membahagiakan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan karena orang-orang lemah di kalangan kamu.” – [Riwayat Bukhari] 12) Perbanyak Berbuat Kebaikan : Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebaikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan bisa menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.” 13) Mengerjakan Sholat Malam(tahajjud) : Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T. 14) Mengerjakan sholat Duha : Amalan solat Duha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani] 15) Bersyukur Kepada Allah SWT. : Syukur artinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya katanya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, niscaya Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” – [Ibrahim: 7] 16) Mengamalkan Dzikir Dan Bacaan Ayat Al-Qur’an Tertentu : Dzikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melembutkan hati, ia mengandungi fadilah khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan memahami agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap hari sesudah sholat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki. Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, barang siapa yang mengamalkan bacaan surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam. 17) Berdoa : Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, niscaya Dia akan perkenankan. 18) Berikhtiar sehabis-habisnya : Siapa yang berusaha, dia yang akan berjaya. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama Allah S.W.T. hanya diberi kepada orang yang dicintai-Nya saja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim] Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang bisa membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, jika mau tenang membaca Quran, jika mau mendapat anak yang baik di didiknya sejak anak itu masih di dalam rahim, jika mau sehat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika mau dapat tetangga yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika mau rezeki berkah jauhilah yang haram, dan sebagainya. 19) Bertawakal : Dengan tawakal, seseorang itu akan di beri rezeki rasa kaya oleh Allah S.W.T. seperti firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., niscaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya).” – [At-Talaq: 3] Banyak lagi amalan-amalan lain yang dapat menambahkan lagi rezeki dan keberkatan hidup kita yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan diajarkan oleh Rasulullah SAW. Marilah menambahkan keyakinan kita terhadap kebenaran janji-janji Allah SWT. KESUKSESAN/KEBERUNTUNGAN YANG SEBENARNYA Allah SWT telah mengemukakan beberapa kriteria yang dikehendaki untuk menjadi Orang Yang sukses di dalam Surah Al-Mukminun: 1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman 2. (Iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya 3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna 4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat, 5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, 6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki ; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. 7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas 8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, 9. Dan orang-orang yang memelihara solatnya 10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi 11. (Iaitu) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. Nabi Muhammad SAW memberikan pesanan: “Barangsiapa yang hidup di duniawi menjadi tujuan utamanya, niscaya Allah menjauhkan dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan baginya. Barangsiapa yang tujuan hidupnya akhirat dan menjadikan niat utamanya, nescaya Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat), kehidupan duniawi adalah hina.” –H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi- enjoy-your-success BERUSAHA KEBENARAN REZEKI DAN KESUKSESAN Setelah menyedari kebenaran rezeki dan kesuksesan/keberuntungan yang sesungguhnya, tibalah waktunya nya untuk kita berusaha sedaya upaya untuk mengikut segala perintah Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Kita juga harus berusaha untuk menambahkan amalan-amalan yang dijanjikan oleh Allah SWT yang akan menyebabkan rezeki kita berlipat ganda. Yang paling penting, apa saja yang kita lakukan haruslah diniatkan untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Kita memang dijadikan oleh Allah SWT di atas muka bumi ini untuk bekerja dan bersusah payah dengan tujuan semata-mata untuk menampilkan diri kita sebagai insan cemerlang di hadapanNya. Biar apa pun pekerjaan kita, baik pengutip sampah, penyapu lantai, pengawal keselamatan, kepala sekolah, pemetik buah apel, penjual insuran, doktor pakar bedah, pemungut uang tol dan lain-lain lagi, buat segala-galanya haruslah dengan sebaik baiknya dan berlandaskan ajaran Islam. Amalkan konsep bersederhana, bertanggungjawab dan tekun berusaha sepanjang masa. Janganlah takut untuk mencoba. Janganlah bimbang akan hilang mata pencarian sehingga sanggup mencari rezeki melalui jalan yang haram. Janganlah segan untuk menegur ketidak adilan. Janganlah bingung dan resah dengan masa depan. Janganlah mempertuhankan kerja. Janganlah mendewa-dewakan majikan/boss. Janganlah menyembah kerajaan. Janganlah bergantung dengan makhluk untuk mencapai kesuksesan. Selain daripada itu, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan kita supaya dapat meningkatkan kefahaman kita kepada kehendak Allah SWT. Siapa yang maukan dunia, haruslah dengan ilmu. Siapa maukan akhirat, haruslah berilmu, Siapa yang mahukan kedua-duanya, haruslah menambah ilmu pengetahuan. Dengan bekalan ilmu itulah, kita gunakan untuk memperbaiki amalan kita dan meningkatkan martabat kita
Tidak ada komentar:
Posting Komentar